Permohonan terbuka pengambilan sesi Januari 2009 untuk program diploma & sijil bagi mengisi beberapa kekosongan tempat di seluruh Semenanjung Malaysia

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

NOTA
  1. Kursus yang bertanda (L) dikhaskan untuk lelaki sahaja.
  2. Kursus yang bertanda (BP) adalah terbuka kepada lepasan SPM dan bekas pelatih IKM dalam bidang yang berkaitan.
  3. Pemohon mestilah berbadan sihat dan tidak cacat anggota.

CARA-CARA MEMOHON:

Pemohon-pemohon bolehlah berhubung terus dengan pusat (IKM/KKTM) bagi Kemasukkan Sesi Januari 2009 melalui alamat dan nombor telefon seperti senarai di bawah:

Tarikh tutup permohonan untuk kemasukan sesi Januari 2009 ialah pada 31hb. Januari 2009.

Sila bawa bersama dokumen asal seperti sijil SPM / SPMV,Kad pengenalan pemohon dan juga Ibu bapa / Penjaga dan Surat Beranak pemohon dan juga Ibu bapa / Penjaga semasa melapor diri di Pusat berkenaan.

Sumber daripada eKemahiran

24.12.08

Pengenalan

Sepintas Lalu Kursus Teknologi Elektronik Industri

Objektif Kursus

  • Objektif kursus ini ialah selaras dengan keperluan perindustrian negara. Membekalkan pengetahuan-pengetahuan asas yang meluas mengenai prinsip dan teknik yang diperlukan oleh seorang Juruteknik dan Pembantu Mekanik lulusan sijil dalam bidang Teknologi Elektronik.
Justifikasi
  • Melatih dan melahirkan bumiputra separa mahir selaras dengan visi dan keperluan perindustrian negara.
Prospek Kerjaya
  • Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program latihan dalam bidang Teknologi Elektronik boleh menceburi bidang kerjaya seperti Juruteknik dan Pembantu Mekanik di firma-firma dan industri-industri Elektronik. Bagi pelajar-pelajar yang cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.